Mai La Klik Kat Sini Sat!!

Followers

Tuesday 29 January 2013

MARI MEMASAK : Soto

aku buat soto masa balik nilai..
sedap resepi yang aku amik dari tenet ni...
bahan pon senang ja..
aku pakai search dalam tenet..tengok resepi cam senang...so leh follow..
lagipon piya pon ada mention resepi soto ni sedap..
aku amik dari SINI
nak wat soto ni renyah sket..
benda-benda sampingan yang banyak kena wat..
cam kuah dia senang ja...
pakai reneh semua bahan ja..
aku start wat dari pukul 3.30 ptg...siap masak pukul 6ptg
Mr.Hubby siap tapau bawak p tempat keja lagi...kawan-kawan dia kata sedappppppp!!!
kembang semangkuk jap...hahaahah
jom kita tengok resepi dia...

Home made Soto by Mama Aisyah...hehehe
 

A. Sup
Satu ekor ayam, direbus di dalam 1.5 liter air dan diangkat, siatkan
dagingnya dan masukkan semula tulang ke dalam stok (Note: Ada yang suka goreng dulu ayamnya selepas rebus, sebelum disiat)
Satu ekor ayam - rangkanya sahaja, direbus di dalam air yang sama, optional
10 ulas bawang merah kecil, dikisar
10 ulas bawang putih, ditumbuk
2 inci halia muda, ditumbuk
1 inci lengkuas, ditumbuk
2 batang serai, dikisar bersama bawang
Satu peket rempah sup Adabi, dibuat pes
3 sudu besar ketumbar (disangrai dan di kisar halus)
20 biji lada hitam, dititik
2 biji buah keras, kalau suka
1.5 liter air, digunakan untuk membuat stok ayam - renih sekurang-kurangnya satu jam
3 sudu makan minyak masak
Gula dan garam

Cara
1. Pijarkan minyak
2. Tumiskan bahan yang ditumbuk/dikisar sehingga terbit bau
3. Masukkan ketumbar dan lada hitam, biarkan sehingga pecah minyak
4. Masukkan pes sup, biarkan sehingga naik bau
5. Masukkan stok ayam (bersama tulang) dan buah keras
6. Didihkan dan sesuaikan gula dan garamnya

B. Begedil
 5 biji kentang kuning, sederhana besar, dihiris dan digoreng hingga empuk, tumbuk
 ½ cawan udang kering, dibasuh dan digoreng garing
 ½ cawan hati ayam, digoreng dan dicincang halus
 5 ulas bawang merah kecil, digoreng sebentar
 3 ulas bawang putih, digoreng sebentar
 4 biji cili merah, digoreng sehingga pecah kulit
 2 sudu makan ketumbar, disangrai dan ditumbuk
10 biji lada hitam, dititik
 ½ cawan daun saderi (sup) dan daun bawang (dicampur)
  Sesudu teh garam (atau lebih jika suka masin) dan sesudu teh gula, secukup rasa
 2 biji telur, dipukul
 2 cawan minyak untuk menggoreng

Cara
1. Tumbuk udang kering bersama bawang merah, cili dan bawang putih
2. Masukkan ke dalam kentang yang telad ditumbuk
3. Masukkan ketumbar, lada hitam, hati ayam, daun saderi (sup) dan bawang
4. Masukkan garam dan gula, gail rata
5. Kepalkan adunan (anggaran dua sudu makan setiap satu), bulat dan leperkan.
6. Masukkan kedalam perti sejuk selama satu jam, untuk mengekalkan bentuknya supaya tidak mudah lerai bila digoreng.
7. Panaskan minyak
8. Salutkan pegedil dengan telur, sehingga rata litupnya dan goreng sehingga berwarna keperangan.

C. Sambal kicap
15 biji cili padi, goreng hingga pecah kulit
 6 ulas bawang putih, goreng bersama cili
½ cawan kicap manis
1 biji limau nipis/2 biji limau kasturi
3 sudu makan gula

Cara
1. Tumbuk cili dan bawang putih hingga lumat
2. Masukkan gula, gesek-gesekkan dengan anak lesung (jangan tumbuk nanti sambal akan jadi pijar)
3. Masukkan kicap dan perahkan limau
4. Kacau rata dan simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya sejam sebelum dihidangkan.

D. Bahan Hidangan
Nasi himpit, dipotong dadu
Daging ayam (yang direbus - A), disiat-siat
Taugeh, dicelur (atau boleh dibasuh sahaja)
Suhun, digoreng
Bawang goreng
Daun saderi (sup) dan daun bawang
Limau nipis, dipotong (optional)

Cara
1. Letakkan nasi himpit, daging ayam, taugeh dan suhun
2. Curahkan sup
3. Taburkan bawang goreng dan daun
4. Letakkan pegedil dan sambal kicap
5. Perahkan sedikit limau nipis (jika suka)


Selamat Mencuba!!!!

4 comments:

  1. tudiaa soto lg,ritu piya ni aini lak...k.ina suka mkn soto tp malas buat sbb renyah....kena tunggu roh rajin meresap dulu la baru leh buat ni,ekeke

    ReplyDelete
  2. hehheeheh...saja try resepi ni...memang sedap kak..
    tapi renyahhhh sangat nak wat dia...
    teringin punya pasai wat jugak la...heheheh

    ReplyDelete
  3. Perghhh sempoiii...salam lawatan x rasmi..hehehhe
    meh la jejalan umah kami lak..
    http://keylernetwork.blogspot.com

    ReplyDelete