Mai La Klik Kat Sini Sat!!

Followers

Monday 27 May 2013

Monday Bluesss la sangatttt...

Assalammualaikum
hurm...rasa lemau ja hari ni masuk opis..
malas gila nak mai keja...
sebab cuti lama...tu pasai malas nak keja kan..
malas segala-galanya kalau hari isnin ni...
best cuti kali ni sebab bawak aisyah p zoo negara
bukan main seronok lagi...
bukan dia ja yang seronok...kami mak pak dia yang terober sama...hahha
maklum la mak dia tak penah p...jakun la sat...hahaha
pic ada dalam dslr lagi...lom transfer...
nanti aku update yer...
sekarang ni bz dengan persiapan weeding adik bongsu aku...
sabtu ni dah nak akad nikah...
so ari rabu ni cuti lagi flyyyyyyyyyyyyyy to nilai semula....
bestttnyaaa.....
pic semalam dekat klia...
mak jemah ni pantang kalau orang hala camera dekat dia...
suka posing betoi...hehehehhe



BAKER & SURPRISE DELIVERY JITRA / ALOR SETAR

Thursday 23 May 2013

MC lagi


Assalammualaikum

bersiaran dari rumah lagi...semalam aku mc..sebab p cabut gigi...
dapat la mc sampai hari ni...
best..esok dah start cuti...balik nilaiiiii...yahooo...bestnya...
sakit wohhh cabut gigi semalam..bayangkan gigi gaham atas bawah...
aku ni jeneh penakut nak cabut gigi...tapi dah terpaksa memang kena p serah diri la...
sekarang ni still lagi bleading..tapi dah tak banyak dah...
tapi aku tak boleh nak makan lagi..
nak bukak mulut luas-luas pon tak boleh lagi..
bayangkan dari pagi semalam hingga sekarang aku lom makan apa-apa pon...just minum ayaq ja...
sakit ya amat..try timbang semalam...cayalah...2kg lost...hahhaha dari 75kg-73kg..
kalau camni aku pon nak...p cabut gigi hari-hari...hahhahaha




BAKER & SURPRISE DELIVERY JITRA / ALOR SETAR

Thursday 16 May 2013

Selamat Hari Guru

Assalammualaikum

Selamat Hari Guru di seluruh malaysia
tak lupa juga kepada
Pazin @ Fadzil Bin Othman (mantan/bekas guru)
Aini Hayati Binti Pazin @ Fadzil ( kakak )
Hairul Azman Bin Mohd Hatta ( abg ipar )
dan
kepada semua guru-guru yang pernah mengajar aku dari tadika sekolah rendah,sekolah menengah, politeknik dan universiti..

BAKER & SURPRISE DELIVERY JITRA / ALOR SETAR

Al Fatihah Untuk Arwah Adik Aqil Hamzah

Assalammualaikum
Semalam aku baca dari link INI..
Tak sanggup aku nak baca sampai habis...
memang sedih sangat-sangat...
aku tak bayangkan macamana perasaan parent arwah adik aqil ni..
macamana depa hadapi semua ni...
kalau semua ni di tempat aku...tak dapat aku bayang kan...mesti dah jadi gila dah...
sesiapa yang menjadi seorang ibu ni...akan berasa tersentuh sampai dalam dada ni...
naluri keibuan ni lain sket...
kalau anak gigit nyamuk pon dah susah hati...inikan pula sampai sakit macamni...
argghhhh....aku tak dapat nak teruskan menaip...
mata dah mula bergenang ayaq mata...
dada ni sakit sebab tahan sebak...
tak tau nak cakap cemana perasaan sekarang ni...
kang aku nangis kang orang opis aku tanya plak...so cover nangis dalam hati...
kepada kedua ibu bapa arwah aqil hamzah...
bertabah lah setiap ujian yang diterima..
setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya...
be strong...kuatkan semangat..
AL FATIHAH UNTUK ARWAH ADIK AQIL HAMZAH
Syurga buat mu sayang..
*teringat dekat arwah anak kakak aku..kembar 3 tapi meninggal seorang..kalau dia ada sekarang dah umur 5 tahun..
Al Fatihah Buat Arwah Irdina Nadirah Binti Hairul Azman


BAKER & SURPRISE DELIVERY JITRA / ALOR SETAR

Sedihnya Hati Ini


Assalammualaikum..
harini sampai opis lambat...
sampai kena pesan dekat opismate suruh punch card..
ni gara-gara aisyah bangun pagi awai...
dia kalau bangun pagi awai memang dia nak ikut...
nangis semahu-mahunya nak ikot...
aku pon bawak la dia masuk dalam kereta..
sekali dia takmau turun...time tu dah pukul 7.30pagi dah..
memang lewat sangat dah...
maunya satg aku p opis pederaih keta macam F1..
pujuk punya pujuk tak jalan jugak...
last skali bawak pusing seround taman...
sampai umah still lagi tak mau turun...aishhhh
aku dah menahan sebak di dada ni dah...
ye la tak sampai hati nak tinggai dia camtu...
masa untuk dia kurang...
Aisyah..
maapkan mama na..bukan niat mama nak bagi aisyah sedu sedan pagi hari..
dah tak lama dah mama nak p keja and kena tinggai aisyah..
lagi 5-6 bulan lagi mama nak keja...
pasni mama dah tak keja dah...dah boleh p duduk ngan ayah dah..
bestnyaa....mama plak yang tak sabaq..
sabaq na sayang...
otw mai keja tadi bergenang jugak ayaq mata ni teringat ke aisyah..
memang dia merajuk ngan aku..
lepas salam peluk cium apa suma...selalunya dia akan bye2 aku..ni tak masuk rumah terus dan tak pandang lansung aku...
owhhh lagi aku sebak...memang dia merajuk dengan aku....
waaaaaaa.....sedihhhhnyaaaaa....
ayahhh tolongggg mama... :(
nyawa ayah & mama...
we lurve u sayang...

aishhh...rasa cam nak balik rumah sekarang je..nak p peluk-peluk dak bambam ni...


BAKER & SURPRISE DELIVERY JITRA / ALOR SETAR


Wednesday 15 May 2013

Terapi Ion Elektrik : Day 3, 4 dan 5


Assalammualaikum
AWASSS...ENTRI INI UNTUK MEREKA YANG BOLEH TAHAN SAHAJA..
KALAU TENGAH MAKAN JANGAN TENGOK!!!
  
dah lama aku tak stori pasal ni eh...
ni kali ke-3, ke-4 dan ke-5 aku p buat terapi ni...
tapi bukan buat dekat yang tempat mula-mula buat dulu...
ni kat tempat lain plak...
reason tukaq sebab dekat dengan opis...hahahah
alhamdulillah...so far nampak la perubahan dekat warna air tu...
sebelum ni p kluaq air yang hitam legam...
..
Result : warna air dah jernih daripada sebelum ni..lemak-lemak kolestrol pon dah tak banyak..

Day 3
hitam sket ayaq dia..
 Day 4
Jerneh sket ayaq dia..
dah nampak perubahan ayaq dia..
 Day 5
Lagi jerneh ayaq dia kan?


Sebenaqnya..saja suka-suka ja nak p wat terapi ni...
nak tau banyak mana toksin dalam badan ni...
ramai yang dok kata tipu la apa la benda ni...
sapa yang dok kata tipu tu try p buat...baru tau tipu ka dak...
ni dak asik nak mengata ja..
sebelum nak buat kami dah test dah dl betoi ka dak benda ni...
memang betoi...letak alat cas tu letak garam..pastu biaq dia dok kat situ...
yang kami punya rendam kaki...
yang rendam kaki tu kluaq segala mak nenek toksin...
yang tak rendam kaki..tadak kluaq apa-apa pon...
so jangan dok kata dah toksin tu kluaq dari besi tu..



BAKER & SURPRISE DELIVERY JITRA / ALOR SETAR

Jom Kita Joget-joget dulu...Bagi Hilang Stress

 
 
Assalammualaikum
Siapa2 yang stress tu, mari ikut saya!

LANGKAH 1
 
 13 Cara Berkesan Untuk Hilangkan Mengantuk Dan Stress
Ini adalah ala taichi sikit la… sebagai permulaan untuk memanaskan badan..

LANGKAH 2
 13 Cara Berkesan Untuk Hilangkan Mengantuk Dan Stress
Tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher anda..

LANGKAH 3
 13 Cara Berkesan Untuk Hilangkan Mengantuk Dan Stress
wa..wa..aaa
 
LANGKAH 4
 13 Cara Berkesan Untuk Hilangkan Mengantuk Dan Stress
Gerak kekanan kemudian ke kiri..

LANGKAH 5
 
 13 Cara Berkesan Untuk Hilangkan Mengantuk Dan Stress
Gerak ke kiri kemudian ke kanan. Ikut sahajalah… jangan terpusing kepala sudah la..

LANGKAH 6
 13 Cara Berkesan Untuk Hilangkan Mengantuk Dan Stress
Tepuk kuat kuat kat dahi.. Ini untuk menghilangkan mengantuk..

LANGKAH 7
 13 Cara Berkesan Untuk Hilangkan Mengantuk Dan Stress
Selepas itu buat gerakan tangan dan badan… buat macam gembira je..

LANGKAH 8
 13 Cara Berkesan Untuk Hilangkan Mengantuk Dan Stress
Kemudian goyang-goyangkan kaki dan badan sedikit… Lakukan seperti kita tiada masalah…

LANGKAH 9
 13 Cara Berkesan Untuk Hilangkan Mengantuk Dan Stress
Lakukan secara agresif pula… Jangan peduli apa orang lain kata..

LANGKAH 10
 13 Cara Berkesan Untuk Hilangkan Mengantuk Dan Stress
Hilangkan semua tekanan…

LANGKAH 11
 13 Cara Berkesan Untuk Hilangkan Mengantuk Dan Stress
pusingkan kepala…

LANGKAH 12
 13 Cara Berkesan Untuk Hilangkan Mengantuk Dan Stress
tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…

LANGKAH 13
 13 Cara Berkesan Untuk Hilangkan Mengantuk Dan Stress
Akhir sekali lakukan joget kucing
 
comelll je kannnn...hehehehhe aku tengok pon nak tergelakk... sekurang-kuranya boleh hilangkan stress..
so enjoyyyy!!!


Thursday 9 May 2013

Saya Sudah...Anda Bagimana Pula???


Assalammualaikum..

wah...wah...tajuk cam gempak ye...
aku dah mengundi..masuk tahun ni dah 2 kali aku mengundi..
kali ni aku mengundi semangat lain macam..
tak macam 5 tahun yang lepas..masa tu umur aku baru 24tahun gitu...
muda trang tang..tang lagi...hahhahha poyo...
aku kena mengundi dekat jitra...
en somi dekat perda...
pagi tu semangat bangun awai...sebab nak p perda dulu...
pastu rush balik jitra plak..
masa aku sampai pon time tu dah pukul 12tgh..
orang pon dah tak ramai..so tak payah la nak beratur apa suma..
untuk orang muda remaja belia cam aku ni kena saluran 4..
masuk time bagi ic tu kan...kemain abg spr tu sebut nama aku kuat...terkojot den ha...
lepas pangkah mana yang patot..blah balik umah...
siap en.somi cakap...aiii cepatnya...
nak bagi pesanan ni...nanti pas 5 tahun akan datang ni...kalau nak p mengundi p la time tengahari atau petang...
time ni dah clear dah orang...
tak payah nak berpeluh ketiak nak beratuq panjang apa suma..
 
sikit je abg spr tu calit dakwat tu...balik umah basuh pinggan 2 3 round habis la...
kes dakwat ni pon jadi isu...alahaiii...
 
bukak fb hari tu semua pakat dok tayang jari masing-maing....
hari jari seMalaysia la katakan...hahhahah
sekarang ni keputusan pon dah kita tau...
menang kalah adat pertandingan...eh pertandingan ker???gasak la..
yang mana menang...jalankan tugas anda dengan amanah..dedikasi dan tunaikan segala janji-janjimu...
yang mana kalah tu...terimalah dengan hati yang terbuka..mana nak tau kan 5 tahun akan menang pihak yang kalah tu akan menguasai pulak kan...walhuahualam...
tapi aku sedih...buka je fb..macam-macam orang dok maki sana sini..
melayu sama melayu nak bergaduh..
di mana nilai perpaduan dan tata kesusilaan yang selalu kita dok baca time ikrar dulu..sekarang ni ikrar pon tak ingat dah...ingat dulu dok baca masa sekolah rendah time perhimpunan pagi...
masyarakat kita perlu berubah..tak payah lagi nak kata aku...aku kata hang lagi..
dengan erti kata lain..BERSATU lah...
AYUH!!! bangunlah semua...marilah kita BERSATU!!

kan bagus kalau berdamai dan bersatu


Perjuangan Yang Belum Selesai - Dr. Mahathir Mohamad 

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan

Bukan kecil langkah wira bangsa
para pejuang kemerdekaan
bagi menegakkan kemuliaan
dan darjat bangsa
selangkah beerti mara
mengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita
Tugas kita bukan kecil
kerana mengisi kemrdekaan
rupanya lebih sukar dari bermandi
keringat dan darah menuntutnya
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan,
mengangguk dan membenarkan,
kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya,
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri
Bukan kecil tugas kita
meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
kerana rupanya selain memerdekakan,
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara
Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
bukankah sejak zaman berzaman
mereka menjadi pelaut, pengembara
malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,
menjadi pedagang dan peniaga
selain menjadi ulama dan
ilmuan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau yang tidak mengenal
erti takut dan kematian?
Di manakah silapnya hingga bangsaku
berasa begitu kecil dan rendah diri?
Apakah angkara penjajah?
Lalu bangsaku mulai
melupakan kegemilangan silam
dan sejarah gemilang membina empayar
Tugas kita belum selesai rupanya
bagi memartabat dan
memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
kerana masa depan belum tentu
menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa
Perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda
bangsanya yang berjaya

p/s : sajak diatas untuk kita semua..supaya kita bangkit semula supaya kita tidak mudah lupa..
peace!!!

Selamat Pagi

Assalammualikum..

selamat pagi semua?
dah breakfast?
dah lama aku tak membebel dekat belog ni...
keadaan tak mengizinkan...bz sokmo...
banyak benda nak stori mori ni...
nak kena tulis list yang mana nak cita dl...heheheh
jap nak sambung buat keja sikit...
satg kita sambung balik yer...

stay tune...