Mai La Klik Kat Sini Sat!!

Followers

Thursday 31 January 2013

Hari ni super duperrrr bz

Assalamualaikum..

fuhhhh.....baru bleh tgk belog...
dari semalam sampai hari ni memang super duper bz...
bukan kata semalam ja bz...start dari hari isnin lagi bz...
ni bukan apa...ada kes yang tak selesai-selesai lagi..
aiii la vendor oiii...kalau rasa nak cari pasal pon..tak payah la dengan kami...
p cari orang lain k...
padahal yang lain pon kena jugak...aishhhhh...
silap hari bulan la nak cari pasal dengan kami...
depa ingat kami takdak bukti ka apa ka...
kami di pihak yang benar...tak kan mengalah...tak buat salah buat apa nak takot...wtttffffff.....

eh aku terover plak lepas perasaan...
tu la geram semua ada ni...
aku sampai balik umah tidoq pon tak senang sebab dok pikiaq hal ni...
selagi benda ni tak settle...selagi tu la aku takleh dok diam...
Ya Allah engkau permudahkan segala urusan dari pihakku dan hq dapat mengemukan bukti-bukti yang kukuh...semoga engkau memberi petunjuk siapa yang salah dan siapa yang benar...aminnnnnnn
kerana kes-kes ni la kerja aku kat opis pending...
serabutttt....taktau nak wat yang mana satu...
takpa buat slow-slow...tarik napas panjang-panjang...alhamdullilah separuh aku dah settel da...lega sket...
nak kena kasi clearrr suma sebelum nak cuti panjang ni....
aku tak suka kalau nak cuti panjang..kerja tak clear...
aku pantang kalau aku tengah on leave...opis dok call aku tanya pasai keja...stesss tau tak...
tengah syok-syok bercuti ada ja orang nak kacau...huhuh....
uishhh mak terEmooo lagi...hahahh pedulikkkkk!!!


SEBELUM
Pening sebab kerja berlambak-lambak...


 
 
SELEPAS
Lega...tak sakit mata dah.
 
 
 

Wednesday 30 January 2013

MARI MEMASAK : Benjo Sosej Special Yang Sangat Sedappppp!!!

haaaa...tajuk tak boleh blah kan...hehehhehe
aku buat untuk bekpes masa balik nilai...
senang gila nak wat ni...
sebelah mata pon boleh buat..
jom kita tengok resepi..

Home made Benjo Sosej Special by Mama Aisyah


Bahan-bahan
roti gardenia khas untuk sosej
teluq 1 biji
sosej cap ayamas...terpulang la nak guna cap apa pon kan...

Bahan hiasan
salad
timun
tomato
bawang
sos cili
mayonis

Cara-cara
1. Panaskan minyak..
2. Pukul telur..
3. Celupkan roti..cara dia cam orang buat roti john..
4. kemudian goreng sosej..sekejap saja tau..
5. dah siap semua..letakkan salad, tomato, timun,bawang..kemudian letakkan sosej dan taruk sos cili
    dan mayonis...
6. Siap!!!

Selamat Mencuba!!!!

Tuesday 29 January 2013

MARI MEMASAK : Soto

aku buat soto masa balik nilai..
sedap resepi yang aku amik dari tenet ni...
bahan pon senang ja..
aku pakai search dalam tenet..tengok resepi cam senang...so leh follow..
lagipon piya pon ada mention resepi soto ni sedap..
aku amik dari SINI
nak wat soto ni renyah sket..
benda-benda sampingan yang banyak kena wat..
cam kuah dia senang ja...
pakai reneh semua bahan ja..
aku start wat dari pukul 3.30 ptg...siap masak pukul 6ptg
Mr.Hubby siap tapau bawak p tempat keja lagi...kawan-kawan dia kata sedappppppp!!!
kembang semangkuk jap...hahaahah
jom kita tengok resepi dia...

Home made Soto by Mama Aisyah...hehehe
 

A. Sup
Satu ekor ayam, direbus di dalam 1.5 liter air dan diangkat, siatkan
dagingnya dan masukkan semula tulang ke dalam stok (Note: Ada yang suka goreng dulu ayamnya selepas rebus, sebelum disiat)
Satu ekor ayam - rangkanya sahaja, direbus di dalam air yang sama, optional
10 ulas bawang merah kecil, dikisar
10 ulas bawang putih, ditumbuk
2 inci halia muda, ditumbuk
1 inci lengkuas, ditumbuk
2 batang serai, dikisar bersama bawang
Satu peket rempah sup Adabi, dibuat pes
3 sudu besar ketumbar (disangrai dan di kisar halus)
20 biji lada hitam, dititik
2 biji buah keras, kalau suka
1.5 liter air, digunakan untuk membuat stok ayam - renih sekurang-kurangnya satu jam
3 sudu makan minyak masak
Gula dan garam

Cara
1. Pijarkan minyak
2. Tumiskan bahan yang ditumbuk/dikisar sehingga terbit bau
3. Masukkan ketumbar dan lada hitam, biarkan sehingga pecah minyak
4. Masukkan pes sup, biarkan sehingga naik bau
5. Masukkan stok ayam (bersama tulang) dan buah keras
6. Didihkan dan sesuaikan gula dan garamnya

B. Begedil
 5 biji kentang kuning, sederhana besar, dihiris dan digoreng hingga empuk, tumbuk
 ½ cawan udang kering, dibasuh dan digoreng garing
 ½ cawan hati ayam, digoreng dan dicincang halus
 5 ulas bawang merah kecil, digoreng sebentar
 3 ulas bawang putih, digoreng sebentar
 4 biji cili merah, digoreng sehingga pecah kulit
 2 sudu makan ketumbar, disangrai dan ditumbuk
10 biji lada hitam, dititik
 ½ cawan daun saderi (sup) dan daun bawang (dicampur)
  Sesudu teh garam (atau lebih jika suka masin) dan sesudu teh gula, secukup rasa
 2 biji telur, dipukul
 2 cawan minyak untuk menggoreng

Cara
1. Tumbuk udang kering bersama bawang merah, cili dan bawang putih
2. Masukkan ke dalam kentang yang telad ditumbuk
3. Masukkan ketumbar, lada hitam, hati ayam, daun saderi (sup) dan bawang
4. Masukkan garam dan gula, gail rata
5. Kepalkan adunan (anggaran dua sudu makan setiap satu), bulat dan leperkan.
6. Masukkan kedalam perti sejuk selama satu jam, untuk mengekalkan bentuknya supaya tidak mudah lerai bila digoreng.
7. Panaskan minyak
8. Salutkan pegedil dengan telur, sehingga rata litupnya dan goreng sehingga berwarna keperangan.

C. Sambal kicap
15 biji cili padi, goreng hingga pecah kulit
 6 ulas bawang putih, goreng bersama cili
½ cawan kicap manis
1 biji limau nipis/2 biji limau kasturi
3 sudu makan gula

Cara
1. Tumbuk cili dan bawang putih hingga lumat
2. Masukkan gula, gesek-gesekkan dengan anak lesung (jangan tumbuk nanti sambal akan jadi pijar)
3. Masukkan kicap dan perahkan limau
4. Kacau rata dan simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya sejam sebelum dihidangkan.

D. Bahan Hidangan
Nasi himpit, dipotong dadu
Daging ayam (yang direbus - A), disiat-siat
Taugeh, dicelur (atau boleh dibasuh sahaja)
Suhun, digoreng
Bawang goreng
Daun saderi (sup) dan daun bawang
Limau nipis, dipotong (optional)

Cara
1. Letakkan nasi himpit, daging ayam, taugeh dan suhun
2. Curahkan sup
3. Taburkan bawang goreng dan daun
4. Letakkan pegedil dan sambal kicap
5. Perahkan sedikit limau nipis (jika suka)


Selamat Mencuba!!!!

Monday 28 January 2013

1st Wishlist Sudah Tercapai

ingat lagi tak entri ni SILA KLIK
setelah 2 bulan Mr.Hubby buat research..akhirnya benda alah ni berada di tangan aku...
best gila la....
tq so much much much b...
belikan rin DSLR ni...
tq jugak bg support nak belajaq pasai photographer ni..
cari info-info yang berkaitan..
to so much darling...muahxx...muahxxxx
semakin membuak-buak nak jadi blogger yang tegar...hahahahahah

nak tengok tak cemana rupa bentuk ni...

jeng...jeng...
 
 
..
.
.
.
.
.
 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 
.
.
.
 
.
.
.
.
.
.
.
 
scroll la lagi
.
.
.'
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.'
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 
dah penat ka??hehehhe
ok la
 
.
.
.
.
.
 jeng jeng
 
 
complete set..
FOC tripod set cleaner dan lain-lain...aku dah lupa...heheheh
RM2***
 
 
my new baby...heheheh


JJCM : Satey Willy, Kajang Kali-2

yang ni repeat kali kedua.. 1st SILA KLIK
niat memang nak bawak parent cuba satey ni...
selalu dok makan satey kajang ja..
apa kata ubah selera nak try satey ni plak..
masa p tu time hujan lebat..so meja banyak yang penuh...sampai tunggu turn nak guna meja..
ode satey ja..sebab satey tu kalau makan 3 cucuk memang kenyang sampai mengah...
tak caya try p makan...hehheh

satey ayam 25 cucuk..satey perut 10 cucuk
lontong 2 batang..
satey secucuk 70sen

kuah satey ni kureng sket kalau nak di bandingkan dengan satey kajang...
kuah satey kajang sedap lagi..
 
 
untuk rujukan kepada sesiapa yang ingin mencuba
 
Medan Selera Ramal Junction, Taman Sri Ramal, 43000 Kajang Selangor,
Business Hour:
Mon: 7.00pm - 3.00am,
Tue - Fri: 6.00pm - 1.00am,
Sat: 2.00pm - 1.00am,
Sun: 6.00pm - 1.00am

Phone: +6017-6912008 / +6013-3309291 / +6017-3775625


GPS Coordinates: 2.980617,101.757399
 
selamat menjamu selera!!!

JJCM : Restoran Saba, Cyberjaya

Assalammualaikum..

Kalau mai nilai taksah kalau tak p pekena nasi arab saba nih..
aritu bawak parent aku p makan kat sini...
puas makan kat sini sebab portion dia banyak...
aku tak penah lagi la kalau ode sepinggan habis..
kompom tak habis punya..

ihsan en gugel..
 
masa aku p sana time lunch..
memang ramai gila la..tapi tempat makan still available...tak payah dok berdiri sebab dok tunggu meja clear..
service tip top..cepat gila...
sini cepat sebab pekerja dia ramai..
rugi sapa tak p try..
memang wajib try..
5/5 bintang..
 
nasi amik 3 set.. kabsah RM10..mandy RM12 dan hanith RM12
semua ni aku amik quater

ayam letak 1 pinggan..senang nak share-share..

ni aku punya fish and chip...gilaaa banyak dan banyak portion dia
RM14
 
 
untuk rujukan kepada sesiapa ingin mencuba..
 
 
ALAMAT :
 

Suite 4800, 0-2, Tingkat Bawah, Blok A1,
Jalan Perdana, CBD Perdana, Cyberjaya
Selangor.
 
 
 
Selamat Menjamu Selera!!!
 
 

Selamat pagi..

Assalam dan Selamat Pagi...

bertemu kembali selepas 4 hari bercuti...
arini monday bluess toi la...kena keja..
kalau dok kl ari ni cuti lagi...hhehhehhe
banyak benda nak stori ni..
nak settle keja yang pending ni dulu...
so stay tuneee!!

Wednesday 23 January 2013

Wordless Wednesday # Suatu Ketika Dulu..



masa kerja dekat HQ Proton Subang Jaya..
tengah mengajo pokcik guna system..
miss dis moment..weeeeee

Wordless Wednesday # Abang & Adik ( sepupu )

 

 
 
aisyah ngan sepupu..
Tengku Muhamad Aqil Hafiy bin Tengku Yuzaimi Idham
p main dekat taman permainan padang kota...
kemain suka lagi depa..

Terjumpa dengan blogger....siapakah dia????

Assalamualaikum..

hari sabtu lepas balik penang singgah pekena nasi kandaq line clear..
ayah aku nak makan..
dah lama tak pekena..
makan hidang..save sket...total semua baru RM25
amik lauk ayam gulai seketoi...ayam goreng seketoi..ayam pedas seketoi..teluq masin sebelah..papedom sepinggan..ayaq nescafe tarik..ayaq limau ais..ayaq teh tarik..
kalau makan longgok mahai sket la..
makan hidang save la..kalau p makan better makan hidang...pendapat aku la..

nindiaaaa...nasi kandaq line clear
 
masa baru nak makan tengok meja depan aku ni eh cam kenai ja...
eh kak haslina la..Sinar Kasih Khairina..
aku tau pon dari Piya sebab slalu dok habaq nasi daging kak ina sedap...
nanti nak try la resepi kak ina...hehehe
aku sebenaqnya malu gila kot masa nak teguq kak ina....
aku ni seorang yang pemalu...hahahahahah
masa dah habis makan...si aisyah dok main ngan anak kak ina, aku pon beranikan diri p teguq...hahahah
memang malu habis la...hahahahaha
muka tebai 4 inci sebab malu...hahahahah
 
 
kak..
SALAM PERKENALAN DARI SAYA.. :)
 

Tuesday 22 January 2013

Lepak-Lepak di Padang Kota

pas makan dekat Kg Melayu...
bawak si aisyah jejalan dekat padang kota...
punya la xcited tengok ayaq laut..
ni sebab penangan p sabah haritu memula takot ayaq..last skali jadi ketagih ye nak mandi...hehehe
lepak-lepak tengok burung merpati yang jinak gila..
last skali berak kat atas beg aku...hampehhhh betoii...
dah la syok-syok dok layan makan aiskerim kami 3 beranak....potong stim betoi la burung oiii...

ayah ngan si bambam...
 
aisyah teruja tengok laut...
 
peace versi aisyah..heheh
 
 ni time petang dekat tepi laut dekat ngan queenbay..
ayah dia dok ligan sebab aisyah nak lari p masuk dalam ayaq...hahahh
 
 
camni la kami kalau ada waktu terluang akan guna sebaik mungkin...
sementara tak dapat dok sekali lagi...huhuhuuhh...
esok nak fly p nilai plak...
banyak agenda sedang menunggu ni...hehehehe
 

JJCM : Nasi Kandar Kg Melayu, Penang

sabtu haritu sempena cuti sultan kedah hari ahad carry 4 ward ke isnin...aku balik la ke penang...
jenguk in law aku..
aku plan lama dah memang cuti panjang balik penang sebab x balik nilai...lagipon esok aku fly plak ke nilai kat Mr.Hubby...cuti panjang lagi...bulan ni banyak cuti..
kebetulan Mr.Hubby pon balik...yeaaaa!!
ari ahad Mr.Hubby bawak aku p cari bekpes..
kononnya nak makan ringan-ringan je la...
plan asal nak p makan dekat Taman Saadon yang pemes dengan serabai..
cancel....Mr.Hubby bawak p makan nasi kandar Kg Melayu...
kena p awai...kalau tak kena beratuq panjang la beb....
disebabkan aku tak penah try lagi...apalagi jom la kitaaa...


nindiaaaaa.... kari dia sedap...
 
 
ni aku punya...ayam kicap ngan gulai sotong....sotong dia sedapppppppppppp gila
 

ni Mr.Hubby punya..kari ikan ngan telur rebus...banjirrrrr kuah dia...
 
paktongku aka cakoi...yang ni sedapppp nak mampos jugak...jarang jumpa yang sedap camni...selalu dok beli terkena liat la apa la..makan panas-panas lagi sedap...
 
 
 
Untuk rujukan kepada sesiapa yang ingin mencuba
 
 
Alamat
Flat Kg. Melayu; 11500 Ayer Itam, Pulau Pinang ( dalam kawasan perumahan flat )
 
selamat menjamu selera!!
 

 


Thursday 17 January 2013

Pagi Tadi

Assalammualaikum..

cerita pagi tadi..
aku cam biasa bangun koi 5.30pg..
keletung-keletang kat dapuq wat bekpes skali bekai nak bawak mai opis..
si aisyah ni kalau malam dia tidoq awai...siap la...pagi memang dia bangun...
koi 6pg dia akan bangun...apa lagi merap aku la weyh....
nak susu..pas nak susu nak tengok katun...pastu kalau dia tengok aku dok masak dok kalut mintak kat aku mee...aih la anak...hhhehe
pas mandi semayang apa suma...aku dok kalut nak pakai bedak...
dia pon nak pakai bedak jugak...aku pakai lipstik dia pon nak pakai...
dia tau dah time bila aku nak pakai bedak ngan lipstik...heheheh
biasa la budak-budak tengah membesar..dia akan tiru apa yang kita buat..
so kalau depan anak tu jangan la wat benda yang tak elok...nanti depa akan ikot...
 


series sebab kena paksa amik gambaq pepagi buta...hahaha
 
 

ha nampak dah mulut merah ngan bedak kat muka tu...hehheeh comeellll
 

 
 



Wednesday 16 January 2013

Murah rezeki hari ni..

hari ni hari yang penuh dengan rezeki..
lunch tadi makan nasi yang di bawa dari umah...
pastu ada akak opismate belanja kfc plak...
1 barrel plak tu...
aiii mengah gila nak habiskan seketoi ayam pon...
dah la lunch tadi siap menyicah buah pelam bagai...
perut dah jadi membukit dah ni...tambah plak membukit sedia ada...lagi la jadi gunung everest..
alhamdullillah...rezeki hari ni..
terima kasih ya allah atas nikmatmu...

Ada jugak orang camni eh!!!

aku gerammmmm gila hari ni....
bodohhhhhhh....
macam ang ni baguih sangat....
kalau bangsa ang tadak keturunan tak payah la nak menjeles bagai...
tak payah kutuk-kutuk beb...
dia jeles kot aku ada keturunan tengku...
bodohhh....bodoh....wtfff...
amik ang...kena sedasss....
middle finger 4 u...puiiihhhhh....

Wordless Wednesday # 3


Wordless Wednedsay # 2

 


Wordless Wednesday # 1


Tuesday 15 January 2013

Sayang..


Sayang apa khabar dengan mu
Di sini ku merindukan kamu
Ku harap cinta mu takkan berubah
Kerna di sini ku tetap untukmu

Sayang apa khabar dengan mu
Cobalah kamu telepon diriku
Ku rindu dengar suara indahmu
Kerna dirimulah semangat hidupku

Sayang dengarlah permintaan ku
Jangan ragu kan cintaku
Sayang percayalah apa kataku
Kerna ku sayang kamu

Sayang dengarlah permintaanku
Jaga hatimu untukku
Sayang dengarlah bisikan hatiku
Kerna ku sayang kamu
 
mood : winduuuu!!!

Monday 14 January 2013

Crepe oh Crepe..

rasanya ode untuk crepe dah tutup kot...
orang pon dah cemuih dah nak makan crepe ni..
depa pon dah tak larat dok repeat ode dekat aku...hahahah
pic semua ni yang ode minggu lepas..
colourfull..macam-macam ada...hahahah

jagung & strawberry

blueberry & kacang merah

kacang merah & milo
 
 pelakon utama...durian crepe...

colourfull crepe...

Si boooolattt...ala tomey...tomey..

nindiaaaa....si boolaattttt ayah ngan mama....
gerammmmm ngan dak tecik ni tau.....
makin membesar makin bijak...

ni kat surau tol pendang...singgah semayang maghrib..aku nak semayang dia pon dok kalut nak semayang jugak...hahaha

Dah pandai makan sendiri

aisyah dengan upin ipin tak dapat nak dipisahkan..
nak makan pon nak kena ada upin ipin jugak..
tapi bagus jugak ada upin ipin ni...dia makan sampai tambah nasi 2 kali..
bukan senang dia nak makan banyak tu..
ye la sambil makan sambil tgk tab....maunya tak ralit...heheheh
nasi yang tak sedap pon jadi sedap..

nampak tak kat tangan tu kaler hijau...kalut dok nak tolong aku nak wat crepe...

comel kan?? sopan santun makan nasi..

JJCM : Restoran Mekah, Mergong Alor Setar

Assalammualaikum..

Restoran Mekah ni terletak dekat mergong alor setar...
bangunan dia bertentang dengan tesco..
kalau perasan ada hotel tengah dalam pembinaan..
so kedai ni belakang tu saja..
banner dia kaler hijau...aku lupa nak snap...
tak susah kalau nak p cari...memang senang nak cari la..
nasi arab dia memang terbaeekkkk!!
tapi sayangnya ada nasi arab mandy sajo...yang lain-lain takda...contoh cam nasi kabsah dan yang seangkatan dengannya la...
dekat sini ada nasi arab mandy ayam dan kambing..
memang sedap gilaaa....
sapa penah p makan nasi arab saba,cyberjaya..yang ni sama rasa dia...memang sedappp!!!
murtabak dia sedappppp gilaaaaaaaaaaaaaaaaa.....
besaq plak tu...aku lupa nak snap pic sebab murtabak tu aku tapau...
memang sedap habisss

jom layan pic...

menu minuman..banyak lagi menu minuman dia sebelah belakang menu ni...

menu main course

menu appitizer


nasi mandy ayam RM7.00

shawarma ayam RM6.00

kacang ful RM6.00

roti ni set kalau ode shawarma ngan kacang ful tu..
 
 
Untuk rujukan sesiapa yang ingin mencuba..
 
Alamat: No. 38 Taman Bandar Baru, Mergong  
              05150 Alor Setar, Kedah Darul Aman (bersebelahan   

              dengan Tesco) 

Telefon: 019-386 1769

Coordinate: N 06 07.843 E 100 20.510


BUKA   : Sabtu – Khamis dari jam 12.00 tgh – 10.00 malam.
TUTUP : Hari Jumaat
 
 
selamat menjamu selera!!!

Saturday 12 January 2013

Busuk la weyhhhh!!!

aku nak tanya pendapat hampa semua eh..

macamana nak teguq seseorang kalau orang tu kalau kita rasa tidak menyenangkan?
kang kalau teguq ada yang kecik hati terus mau cakap setahun trus...hahahaha
takkan nak p tanya..


awat mulut ang bau busuk sangat?ang tadak duit nak beli berus gigi ngan ubat gigi ka?
ang tak basuh stoking dah bapa tahun dah?busuk bau stoking kaki ang tu...tak tahan....
 

hah yang ni stok memang berani dan jiwa kental la..sebab apa??? sebab dia berani sound tepek trus..
kalau aku kan...aku tak berani...yala kang aku cakap camtu takot semua orang lari takmau kawan ngan aku dah..aku bukan jenis nak cakap lepas camtu..biaq aku merana diri menahan bau-bau atau anasir-anasir yang menganggu hidup aku...hahhaha

manusia ni ada banyak jenis...
jenis boleh terima pendapat/pandangan - yang ni ok la kalau nak cakap lepas pon
jenis tak boleh terima pendapat - yang ni kalau kita cakap trus takmau kawan ngan kita kot...sebab tak dapat terima kenyataan sebab orang kata kat dia..

so apa pendapat hampa semua??

note : cerita diatas tidak ada kaitan yang hidup ataupun yang sudah mati..

Anak Dara Saya

Assalamuikum...

dah bekpes ke kengkawan suma..
aku tgk bekpes ni..
makan beskot kering sajo...

nak cita sket pasai anak dara saya sorang ni...
semakin membesar dengan jayanya..
dah 2tahun 4bln...
berat dah 14kg...kus semangat kalau dokong dia....boleh patah pinggang woooo...
bab makan tak penah tolak...semua makan termasuk batu..kayu dan benda asing...sebab apa aku kata camtu..sebab time sekarang ni masih lagi dok mengutip benda-benda tu semua masuk dalam mulut kalau dia jumpa...geram aku tau...apa benda suma di masuk dalam mulut...
dah panjang akai...yang ni aku tak penah ajaq langsung dia...mak aku ada beli kerusi budak-budak...ala kerusi yang sekali ngan meja tulis tu...tapi mak aku beli kerusi ja....sekarang ni kalau dia tak boleh capai apa-apa...dia akan ambik kerusi tu dan panjat...aiishhhhh....pandai mereka sungguh la...kekadang risau jugak takot dok wat pala dok p panjat dekat dapuq...scarryyy betoiii...
dah pandai tau diri dia nama apa...dia bahasakan diri dia aisyah...kalau tanya dia

what is your name?
dia jawab my name aisyah..
 
pastu tanya lagi..
 
ayah name?
dia akan jawab bob
 
pastu tanya lagi..
 
mama name? 
yang ni dia selalu kompius...sebut ani...padahal ina sebab dia dok ingat nama mak aku...hahahah
 
pastu tanya lagi..
 
tok name?
dia jawab ani...yang ni betoi la...
 
pastu tanya lagi..
 
wan name?
dia jawab wan din...
 
tanya lagi..
 
tok oyah name?
dia jawab jon...hahahah yang ni lawak sebab FIL aku nama zulkifly...so singkatan dia la tu panggey jon..hahahaha
 
tanya lagi..
 
tok oma name?
dia jawab ani..nama MIL aku zaini..heheheh

masa kita dok tanya dia tu...nak tergelak pronounce dia sebut tu...comey ja tau...hahahha

baju-baju dia semua dah tak muat...dia dah mok-mok dah...pastu tinggi...cepat betoi membesaq..
to ayah...please pay attention yer...siap duit bebanyak sebab kena beli baju si mok-mok ni...hahhahah

kalau bab menyanyi ka...menari ka..serah kat dia..yang ni A punya...pantang dengaq lagu kat tv...punya la melenggang mak jemah...menari sakan..heheh lagu plak kalau dengaq oppa gangnam style mula la melompat-lompat...sampai aku terjoin skali...hahahha...dia paling suka lagu najwa latiff untuk dia tu...haritu ada kat tv cita MeleTop tu kan..ada sleeq ngan aron aziz...dia buleh kenai sleeq tu yang dok nyayi lagu Untuk Dia..padahal time tu bukan depa nyayi pon...aishhhh la anak...bijak...bijak..

semakin besaq...semakin bijak...

aku kalau travel dok p dekat Mr.Hubby...naik flight dia dah tau dah apa yang dia kena wat...tak payah suruh..dok ja atas seat..dia pakai sendiri seatbelt..benda yang selalu dia dok wat...dia akan ingat..sekarang ni pon dah ok dah duduk dalam flight dediam..kalau dulu ya hampunnnnn....senak jugak la sebab x reti dok diam....la ni bagi dia layan upin-ipin...settle..tu j a ubat dia...

memalam kalau cakap telefon dengan ayah dia...kemain...cakap cam orang tua-tua walaupon ayah dia tak berapa nak paham sangat...hahhahaha ada saja benda dia nak cerita...ya la lama-lama sekali nak jumpa...cara tu ja la yang boleh pon...

ha bab minum susu plak...yang ni kalau sapa tengok memang pengsan...stok susu dia memang kena sentiasa ada dekat rumah...sebab apa???minum susu setiap 1/2 jam..kekadang tu lepas minum nak lagi...tiap kali bancuh 8oz..dia memang minum susu kuat..kalau dia makan nasi..pastu makan roti pastu minum susu dok setengah jam plak mintak lagi susu...tu yang muka besaq pinggan tu...hahahah susu dumex yang 1kg tu tahan untuk seminggu ja...aku tiap-tiap bulan beli susu stok sebulan punya..awai-awai dulu beli stok simpan 5 peket ja....tapi laaa niiiii 5-8 peket kena wat stok...hahhahaha aku ngan Mr.Hubby tak kisah...janji dia mau makan...minum...sihat tubuh badan sudah cukup...takmo sakit ka demam ka..takat selsema tu biasa la..budak-budak alah ngan habuk..

bulan 4 ni ada appoiment dengan KK Jitra...kena timbang ngan makan ubat cacing...taktau la nurse nak cakap apa...risau takot berat badan dia tak sama dengan perkembangan bulan dia..tapi aku rasa normal sebab wat masa la ni graf dia cantik..

ok lah...panjang pulak karangan hari ni..hehehe

untuk Mr.Hubby di sana...tengok la anak manjamu ini...hahhaah

ni pic masa umuq tak masuk 2 taun lagi...otw nak p makan kenduri..



ni pic masa p sabah haritu

masa ni umuq lom masuk 2 tahun lagi...


otw p makan kenduri..

masa p sabah haritu

dekat airport k.k

ni pic fresh dari ladang...terbaruuuu...tengok muka besaq pinggan kan....heheheh

 
note : pic suma aku guna yang ada dalam picasa je sebab tenet kat opis aku ni slow...so takleh nak upload pic dari luar...