aku buat soto masa balik nilai..
sedap resepi yang aku amik dari tenet ni...
bahan pon senang ja..
aku pakai search dalam tenet..tengok resepi cam senang...so leh follow..
lagipon piya pon ada mention resepi soto ni sedap..
aku amik dari
SINI
nak wat soto ni renyah sket..
benda-benda sampingan yang banyak kena wat..
cam kuah dia senang ja...
pakai reneh semua bahan ja..
aku start wat dari pukul 3.30 ptg...siap masak pukul 6ptg
Mr.Hubby siap tapau bawak p tempat keja lagi...kawan-kawan dia kata sedappppppp!!!
kembang semangkuk jap...hahaahah
jom kita tengok resepi dia...
Home made Soto by Mama Aisyah...hehehe
A. Sup
Satu ekor ayam, direbus di dalam 1.5 liter air dan diangkat,
siatkan
dagingnya dan masukkan semula tulang ke dalam stok (Note: Ada yang
suka goreng dulu ayamnya selepas rebus, sebelum disiat)
Satu ekor ayam -
rangkanya sahaja, direbus di dalam air yang sama, optional
10 ulas bawang
merah kecil, dikisar
10 ulas bawang putih, ditumbuk
2 inci halia
muda, ditumbuk
1 inci lengkuas, ditumbuk
2 batang serai, dikisar
bersama bawang
Satu peket rempah sup Adabi, dibuat pes
3 sudu besar
ketumbar (disangrai dan di kisar halus)
20 biji lada hitam,
dititik
2 biji buah keras, kalau suka
1.5 liter air, digunakan
untuk membuat stok ayam - renih sekurang-kurangnya satu jam
3 sudu
makan minyak masak
Gula dan garam
Cara
1. Pijarkan minyak
2.
Tumiskan bahan yang ditumbuk/dikisar sehingga terbit bau
3. Masukkan ketumbar
dan lada hitam, biarkan sehingga pecah minyak
4. Masukkan pes sup, biarkan
sehingga naik bau
5. Masukkan stok ayam (bersama tulang) dan buah keras
6.
Didihkan dan sesuaikan gula dan garamnya
B. Begedil
5 biji kentang
kuning, sederhana besar, dihiris dan digoreng hingga empuk, tumbuk
½ cawan
udang kering, dibasuh dan digoreng garing
½ cawan hati ayam, digoreng dan
dicincang halus
5 ulas bawang merah kecil, digoreng sebentar
3 ulas
bawang putih, digoreng sebentar
4 biji cili merah, digoreng sehingga pecah
kulit
2 sudu makan ketumbar, disangrai dan ditumbuk
10 biji lada
hitam, dititik
½ cawan daun saderi (sup) dan daun bawang (dicampur)
Sesudu teh garam (atau lebih jika suka masin) dan sesudu teh gula, secukup
rasa
2 biji telur, dipukul
2 cawan minyak untuk
menggoreng
Cara
1. Tumbuk udang kering bersama bawang merah, cili dan
bawang putih
2. Masukkan ke dalam kentang yang telad ditumbuk
3. Masukkan
ketumbar, lada hitam, hati ayam, daun saderi (sup) dan bawang
4. Masukkan
garam dan gula, gail rata
5. Kepalkan adunan (anggaran dua sudu makan setiap
satu), bulat dan leperkan.
6. Masukkan kedalam perti sejuk selama satu jam,
untuk mengekalkan bentuknya supaya tidak mudah lerai bila digoreng.
7.
Panaskan minyak
8. Salutkan pegedil dengan telur, sehingga rata litupnya dan
goreng sehingga berwarna keperangan.
C. Sambal kicap
15 biji cili
padi, goreng hingga pecah kulit
6 ulas bawang putih, goreng bersama
cili
½ cawan kicap manis
1 biji limau nipis/2 biji limau
kasturi
3 sudu makan gula
Cara
1. Tumbuk cili dan bawang putih
hingga lumat
2. Masukkan gula, gesek-gesekkan dengan anak lesung (jangan
tumbuk nanti sambal akan jadi pijar)
3. Masukkan kicap dan perahkan
limau
4. Kacau rata dan simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya sejam
sebelum dihidangkan.
D. Bahan Hidangan
Nasi himpit, dipotong
dadu
Daging ayam (yang direbus - A), disiat-siat
Taugeh, dicelur
(atau boleh dibasuh sahaja)
Suhun, digoreng
Bawang goreng
Daun
saderi (sup) dan daun bawang
Limau nipis, dipotong
(optional)
Cara
1. Letakkan nasi himpit, daging ayam, taugeh dan
suhun
2. Curahkan sup
3. Taburkan bawang goreng dan daun
4. Letakkan
pegedil dan sambal kicap
5. Perahkan sedikit limau nipis (jika suka)
Selamat Mencuba!!!!