Assalammualaikum..
gambar semalam....
saja je try nak minum madu + lemon ni.....
rupanya sedap oiiii....rasa segar je....
kebetulan masa p tesco ada jual lemon...tu yang nak try tu....
hari ni aku try google khasiat lemon....
rupanya banyak khasiat....aku je yang tak tau...hahahahhha
jom kita tengok apa khasiatnya
KHASIAT
1. Baik untuk perut - patot pagi ni asik membuang je...hehehh
Lemon boleh membantu melegakan masalah
pencernaan apabila diminum bersama dengan air panas. Ini termasuklah melegakan
rasa mual dan pedih hulu hati. Disebabkan oleh kualiti pencernaan jus lemon,
gejala ketidakhadaman seperti pedih hulu hati, kembung dan sendawa boleh
diatasi. Meminum jus lemon dengan kerap, boleh membantu usus dalam menghapuskan
sisa dengan lebih cekap. Lemon bertindak sebagai pembersih darah dan juga
sebagai bahan pencuci. Pengambilan jus lemon boleh menyembuhkan sembelit. Ia
juga dikatakan boleh melarutkan batu karang.
2.
Terbaik untuk penjagaan kulit - ni belum lagi sebab baru cuba semalam
Lemon, merupakan ubat antiseptik yang semula
jadi, ia boleh digunakan untuk mengubati masalah-masalah yang berkaitan dengan
kulit. Lemon ialah buan sitrus yang kaya vitamin C, ia boleh meningkatkan
kecantikan dengan meremajakan kulit dari dalam dan dengan itu membuatkan wajah
lebih berseri-seri. Pengambilan harian air lemon boleh membuat perubahan yang
besar dalam penampilan kulit anda. Ia bertindak sebagai ubat anti-penuaan dan
dapat menghilangkan kedut dan bintik hitam. Air lemon jika digunakan di kawasan
kulit yang melecur boleh memudarkan parut kerana lemon merupakan agen penyejuk
yang boleh mengurangkan kesan lecuran pada kulit.
3.
Membantu dalam penjagaan gigi
Air lemon boleh juga digunakan dalam penjagaan
gigi. Jika jus lemon segar digunakan pada bahagian gigi yang sakit, ia boleh
membantu mengurangkan kesakitan. Urutan jus lemon pada gusi juga boleh
menghentikan pendarahan gusi. Ia memberikan kelegaan dari bau busuk dan
masalah-masalah lain yang berkaitan dengan gusi.
4.
Mengubati jangkitan tekak
Lemon adalah buah yang sangat baik yang
membantu melawan masalah yang berkaitan dengan jangkitan tekak, sakit tekak dan
tonsil kerana ia mempunyai fungsi sebagai antibakteria. Untuk melegakan sakit
tekak, cairkan satu setengah jus lemon dalam setengah gelas air, kemudian
berkumur dengan kerap.
5.
Baik untuk menurunkan berat badan - yang ni aku suka...hahahah
Salah satu daripada kebaikan utama meminum air
limau adalah ia membantu untuk mengurangkan berat badan lebih cepat. Jika ingin
membuatnya lebih berkesan korang boleh mengambil jus lemon yang dicampur dengan
air suam dan madu.
6.
mengawal tekanan darah tinggi
Air lemon sangat baik kepada mereka yang
mempunyai masalah jantung, disebabkan oleh kandungan kalium yang tinggi. Ia
mengawal tekanan darah tinggi, pening, loya serta memberi kelonggaran kepada
minda dan tubuh badan. Ia juga mengurangkan tekanan mental dan
kemurungan.
7.
Membantu mengatasi masalah respirasi
Air lemon juga boleh membantu mengubati masalah
respirasi, bersama dengan masalah pernafasan dan meredakan penyakit asma.
8.
Baik untuk mengubati reumatisme
Lemon merupakan agen diuretik dan dengan itu
air lemon boleh merawat reumatisme dan artritis. Ia membantu untuk mengusir
bakteria dan toksin daripada badan.
9.
mengurangkan demam
Air lemon boleh merawat orang yang mengalami
sejuk, selesema atau demam. Ia membantu untuk memecahkan demam dengan
meningkatkan kadar peluh.
10.
bertindak sebagai pembersih darah
Penyakit-penyakit seperti taun atau malaria
boleh dirawat dengan air lemon kerana ia boleh bertindak sebagai pembersih
darah.
BAKER & SURPRISE DELIVERY JITRA / ALOR SETAR
thanks kongsi pengetahuan. =)
ReplyDeleteKalau letih pon hilang..saya selalu amalkan lemon suam lepas mkn malam..hasilnya pagi2 dah pg toilet dan alhamdulillah dah tak migrain sgt
ReplyDeleteSudah sebulan sy amalkan minum suam lemon+ madu. Alhamdulilah berat badan turun 5 kg sambil melakukan senaman. Terima kasih kerana berkongsi pengetahuan.
ReplyDelete