Assalammualaikum..
hari ni nak kongsi petua/tips yang aku dapat dari blog PAMA
agak menarik jugak..
kalau nak di ceritakan pengalaman aku...owhhhh sedihnyaaa....
dulu masa aku bersalinkan aisyah...aku sempat susukan dia seminggu ja...
bukan aku takmau bf dia...tetapi aku ada masalah sket...inverted nipple...
nak tau apa itu inverted nipple..google sendiri yer...
ye la anak 1'st taktau lagi pengalaman nak handle benda-benda camni kan...
ilmu tu zero...
bila aku tengok orang lain bf anak depa...
naluri hati ibu akan terasa jugak sedikit sebanyak....
dalam hati aku terdetik...alangkah bahagiannya aku dapat bf anak aku...
tapi allah dah tetapkan dekat umat dia macamni...aku redha...mungkin ada hikmah di sebaliknya..
harapan aku kalau ada rezeki kali ke-2..aku akan cuba bf anak aku..dengan adanya ilmu didada...cewahhh...
dah-dah tak mau cita sedih...
jom kita tengok apa tips/petua untuk banyakkan susu ibu..
cikidooouuutt!!
Bunga melur dan daun pucuk manis
Giling daun bunga melur atau daun pucuk manis sehingga halus dan tampal di sekeliling payu dara pada waktu pagi sebelum mandi. Pastikan anda cuci bersih kawasan payu dara sebelum menyusukan bayi.
Kacang tanah
Kacang tanah mengandungi kandungan protein yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks, dan fosforus. Kandungan protein dalam kacang tanah lebih tinggi daripada daging, telur dan kacang soya. Kandungan asid aminonya pun tinggi. Bagi menambahkan penghasilan susu badan, anda digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing
Longan kering
Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya.
Daun sirih
Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian, layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada payu dara. Lakukan setiap hari sehingga susu badan menjadi banyak.
Halba dan jintan hitam
Cuci halba atau jintan hitam bersih-bersih. Selepas itu keringkan dan simpan dalam bekas bertutup. Cara menggunakannya, rendamkan 1 sudu halba atau jintan manis dalam segelas air panas selama 15 minit. Kemudian tapis dan minum airnya.
Susu
Banyakkan minum susu. Seelok-eloknya mengambil hidangan susu sebanyak 3 hingga 4 hidangan sehari..
Lobak merah
Ambil sebatang lobak putih bersaiz sederhana. Cuci bersih dan kemudian potong kecil-kecil. Kisar sehingga halus. Selepas itu, campurkan dengan segelas air suam. Minumlah sebanyak 2 kali sehari.
Nasi panas, halia muda dan air asam
Makanlah nasi panas bersama halia muda yang ditumbuk halus dan dicampurkan dengan air asam.
Daun betik muda
Ambil beberapa helai daun betik sederhana muda. Cuci bersih dan rebus sehingga mendidih. Minum air rebusan tersebut 2 hingga 3 kali sehari.
selain daripada petua diatas..suppliment tambahan jugak penting..
dengan adanya set menyusu Shaklee boleh membantu sedikit sebanyak..
ingat ye...suppliment ni bukan ubat..ini ada vitamin tambahan sahaja..
cer try google perbezaan ubat vs vitamin...banyak perbezaan..
Jika
berminat..
hubungi
saya untuk dapatkan harga yang istimewa
Aini
Hazrina [881195]
013-2593145 - sms/whatsapp/line
Aini
Hazrina - FB
ainihazrina.blogspot.com - blog Shaklee
No comments:
Post a Comment