Assalammualaikum..
wah...wah...tajuk cam gempak ye...
aku dah mengundi..masuk tahun ni dah 2 kali aku mengundi..
kali ni aku mengundi semangat lain macam..
tak macam 5 tahun yang lepas..masa tu umur aku baru 24tahun gitu...
muda trang tang..tang lagi...hahhahha poyo...
aku kena mengundi dekat jitra...
en somi dekat perda...
pagi tu semangat bangun awai...sebab nak p perda dulu...
pastu rush balik jitra plak..
masa aku sampai pon time tu dah pukul 12tgh..
orang pon dah tak ramai..so tak payah la nak beratur apa suma..
untuk orang muda remaja belia cam aku ni kena saluran 4..
masuk time bagi ic tu kan...kemain abg spr tu sebut nama aku kuat...terkojot den ha...
lepas pangkah mana yang patot..blah balik umah...
siap en.somi cakap...aiii cepatnya...
nak bagi pesanan ni...nanti pas 5 tahun akan datang ni...kalau nak p mengundi p la time tengahari atau petang...
time ni dah clear dah orang...
tak payah nak berpeluh ketiak nak beratuq panjang apa suma..
sikit je abg spr tu calit dakwat tu...balik umah basuh pinggan 2 3 round habis la...
kes dakwat ni pon jadi isu...alahaiii...
bukak fb hari tu semua pakat dok tayang jari masing-maing....
hari jari seMalaysia la katakan...hahhahah
sekarang ni keputusan pon dah kita tau...
menang kalah adat pertandingan...eh pertandingan ker???gasak la..
yang mana menang...jalankan tugas anda dengan amanah..dedikasi dan tunaikan segala janji-janjimu...
yang mana kalah tu...terimalah dengan hati yang terbuka..mana nak tau kan 5 tahun akan menang pihak yang kalah tu akan menguasai pulak kan...walhuahualam...
tapi aku sedih...buka je fb..macam-macam orang dok maki sana sini..
melayu sama melayu nak bergaduh..
di mana nilai perpaduan dan tata kesusilaan yang selalu kita dok baca time ikrar dulu..sekarang ni ikrar pon tak ingat dah...ingat dulu dok baca masa sekolah rendah time perhimpunan pagi...
masyarakat kita perlu berubah..tak payah lagi nak kata aku...aku kata hang lagi..
dengan erti kata lain..BERSATU lah...
AYUH!!! bangunlah semua...marilah kita BERSATU!!
kan bagus kalau berdamai dan bersatu
Perjuangan Yang Belum Selesai - Dr. Mahathir Mohamad
Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan
Bukan kecil langkah wira bangsa
para pejuang kemerdekaan
bagi menegakkan kemuliaan
dan darjat bangsa
selangkah beerti mara
mengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita
Tugas kita bukan kecil
kerana mengisi kemrdekaan
rupanya lebih sukar dari bermandi
keringat dan darah menuntutnya
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan,
mengangguk dan membenarkan,
kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya,
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri
Bukan kecil tugas kita
meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
kerana rupanya selain memerdekakan,
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara
Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
bukankah sejak zaman berzaman
mereka menjadi pelaut, pengembara
malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,
menjadi pedagang dan peniaga
selain menjadi ulama dan
ilmuan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau yang tidak mengenal
erti takut dan kematian?
Di manakah silapnya hingga bangsaku
berasa begitu kecil dan rendah diri?
Apakah angkara penjajah?
Lalu bangsaku mulai
melupakan kegemilangan silam
dan sejarah gemilang membina empayar
Tugas kita belum selesai rupanya
bagi memartabat dan
memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
kerana masa depan belum tentu
menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa
Perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda
bangsanya yang berjaya
p/s : sajak diatas untuk kita semua..supaya kita bangkit semula supaya kita tidak mudah lupa..
peace!!!