Mai La Klik Kat Sini Sat!!

Followers

Monday, 29 July 2013

Sibuk Buat Biskut Raya

Assalammualaikum...
wahhhhh dah bersawang aku punya blog ni ha....
bz sket dok buat biskut raya....phewww...
sampai tidoq tak cukup la...
sebenaqnya aku buat untuk makan family ja....
lepas tu sorang order...lepas sorang lagi order...lama-lama jadi banyak...
takpa aku suka suma tu...heheheeh
lepas ni nak berenti nak buat bakery on9...uishhh best2...
dah berangan macam-macam dah....
uishhh tak sabaqnyaaaa......
biskut yang dah siap...mazola n makmor...
malam ni tinggai nak buat samperit...
yang 3 ni jual...
ada tambahan untuk makan-makan family aku ngan mertua ja...aku buat confleks madu ngan popia manis/bersira...
nasib la mak aku banyak tolong jugak...
si kecik pon banyak tolong jugak....tolong kacau....hahhahaah
puas berperang ngan dia masa buat biskut ni....ada saja nak tolong...heheheheh
pic biskut lain aku tak sempat snap sebab bz gila...
masa awai elok ja tolong...last sekali cemuih habis berterabur kulit kacang tu...

ni la biskut mazola kitewwww...yummy x?

dah siap packing...semua dah ada orang tempah


RESEPI BISKUT MAZOLA

Bahan-Bahan
1kg Kacang Tanah - blend
1kg Tepung Gandum
700gm Gula - blend
1botol minyak mazola
1biji telur + pewarna kuning sedikit - pukul

Cara-Cara
1. Goreng Kacang - jangan sampai hitam...nanti pahit
2. Blend kacang tanah - ikut nak halus sangat atau x..
3. campur tepung gandum
4. masukkan gula
5. bancuh adunan tersebut dengan minyak mazola sehingga menjadi doh...
6. buat bentuk bulat
7. letak kacang & sapu telur
8. bakar pada suhu 180cc..15 minit
9. SIAP!!

* bancuh adunan sikit demi sedikit untuk jadikan doh



BAKER & SURPRISE DELIVERY JITRA / ALOR SETAR

Monday, 22 July 2013

Madu + Lemon = Sedapppp oiiiiii

Assalammualaikum..
gambar semalam....
saja je try nak minum madu + lemon ni.....
rupanya sedap oiiii....rasa segar je....
kebetulan masa p tesco ada jual lemon...tu yang nak try tu....
hari ni aku try google khasiat lemon....
rupanya banyak khasiat....aku je yang tak tau...hahahahhha
jom kita tengok apa khasiatnya
KHASIAT

 1. Baik untuk perut - patot pagi ni asik membuang je...hehehh

Lemon boleh membantu melegakan masalah pencernaan apabila diminum bersama dengan air panas. Ini termasuklah melegakan rasa mual dan pedih hulu hati. Disebabkan oleh kualiti pencernaan jus lemon, gejala ketidakhadaman seperti pedih hulu hati, kembung dan sendawa boleh diatasi. Meminum jus lemon dengan kerap, boleh membantu usus dalam menghapuskan sisa dengan lebih cekap. Lemon bertindak sebagai pembersih darah dan juga sebagai bahan pencuci. Pengambilan jus lemon boleh menyembuhkan sembelit. Ia juga dikatakan boleh melarutkan batu karang.
2. Terbaik untuk penjagaan kulit - ni belum lagi sebab baru cuba semalam
Lemon, merupakan ubat antiseptik yang semula jadi, ia boleh digunakan untuk mengubati masalah-masalah yang berkaitan dengan kulit. Lemon ialah buan sitrus yang kaya vitamin C, ia boleh meningkatkan kecantikan dengan meremajakan kulit dari dalam dan dengan itu membuatkan wajah lebih berseri-seri. Pengambilan harian air lemon boleh membuat perubahan yang besar dalam penampilan kulit anda. Ia bertindak sebagai ubat anti-penuaan dan dapat menghilangkan kedut dan bintik hitam. Air lemon jika digunakan di kawasan kulit yang melecur boleh memudarkan parut kerana lemon merupakan agen penyejuk yang boleh mengurangkan kesan lecuran pada kulit.
3. Membantu dalam penjagaan gigi
Air lemon boleh juga digunakan dalam penjagaan gigi. Jika jus lemon segar digunakan pada bahagian gigi yang sakit, ia boleh membantu mengurangkan kesakitan. Urutan jus lemon pada gusi juga boleh menghentikan pendarahan gusi. Ia memberikan kelegaan dari bau busuk dan masalah-masalah lain yang berkaitan dengan gusi.
4. Mengubati jangkitan tekak
Lemon adalah buah yang sangat baik yang membantu melawan masalah yang berkaitan dengan jangkitan tekak, sakit tekak dan tonsil kerana ia mempunyai fungsi sebagai antibakteria. Untuk melegakan sakit tekak, cairkan satu setengah jus lemon dalam setengah gelas air, kemudian berkumur dengan kerap.
5. Baik untuk menurunkan berat badan - yang ni aku suka...hahahah
Salah satu daripada kebaikan utama meminum air limau adalah ia membantu untuk mengurangkan berat badan lebih cepat. Jika ingin membuatnya lebih berkesan korang boleh mengambil jus lemon yang dicampur dengan air suam dan madu.

6. mengawal tekanan darah tinggi
Air lemon sangat baik kepada mereka yang mempunyai masalah jantung, disebabkan oleh kandungan kalium yang tinggi. Ia mengawal tekanan darah tinggi, pening, loya serta memberi kelonggaran kepada minda dan tubuh badan. Ia juga mengurangkan tekanan mental dan kemurungan.
7. Membantu mengatasi masalah respirasi
Air lemon juga boleh membantu mengubati masalah respirasi, bersama dengan masalah pernafasan dan meredakan penyakit asma.

8. Baik untuk mengubati reumatisme
Lemon merupakan agen diuretik dan dengan itu air lemon boleh merawat reumatisme dan artritis. Ia membantu untuk mengusir bakteria dan toksin daripada badan.
9. mengurangkan demam
Air lemon boleh merawat orang yang mengalami sejuk, selesema atau demam. Ia membantu untuk memecahkan demam dengan meningkatkan kadar peluh.
10. bertindak sebagai pembersih darah
Penyakit-penyakit seperti taun atau malaria boleh dirawat dengan air lemon kerana ia boleh bertindak sebagai pembersih darah.




BAKER & SURPRISE DELIVERY JITRA / ALOR SETAR

Percubaan Kali ke-3 Pakai Shawl

Assalammualaikum
hah semalam percubaan kali ke 3 pakai shawl
kali ni pakai shawl yang mak mertua bagi...
best sangat shawl ni sebab kain dia lembut sangat....sedap pakai...
masa ni kluaq ngan parent p tesco...
p tukaq iron baru beli tapi rosak....tak guna lagipon...
nasib baik ada warranty lagi...
sesuai tak aiii pakai macam ni????
masih lagi proses pembelajaran...dengan stail2 yang gojesss...hahahahahhahh

BAKER & SURPRISE DELIVERY JITRA / ALOR SETAR