Mai La Klik Kat Sini Sat!!

Followers

Monday, 11 November 2013

Resepi nasi ayam yg simple dan sedap

Bahan-bahan (perap ayam)
5 ketul bahagian kepak (ikut suka ye) - rebus dl separuh masak
Kicap pekat*
Kicap cair*
Sos tiram*
Sos blackpaper*
Meggi seasoning*
Madu*
Kiub ayam*
Garam+gula*
Cara-cara
1. Keluarkan ayam dr air rebusan
2. Gaulkan kesemua yg bertanda *
3. Agak2 ye semua bahan2 diatas sebb sy main letak je...hehe
4. Madu dan gula tu bg balance ye kang terlebih letak manis plak..
5. Dah sebati simpan dlm bekas bertutup
6. Masukkan dlm esbok...perap lg lama lg bagus..
7. Goreng ayam dalam minyak yang banyak dan high heat..goreng sampai garing
Bahan-bahan utk nasi
4 pot beras brasmati (ikot suka ye) rendam 1/2 jam - toskan
5 pot yg sama sup rebusan ayam td
3-4 biji bawang merah (tumbuk lumat)*
2-3 biji bawang putih (tumbuk lumat)*
1 inci halia*
1 btg serai diketuk*
Daun pandan*
Garam + gula
Kiub ayam
3 sudu besar majerin
Sedikit daun sup utk bg wangi
Cara-cara
1. Panaskan rice cooker..masukkan majerin
2. Tumiskan bahan yg bertanda *
3. Masukkan serai + daun pandan
4. Tumis sehingga garing..
5. Masukkan beras + sup rebusan ayam
6. Masukkan kiub ayam + daun sup
7. Perasakan garam+ gula
8. Biarkan masak
9. SIAP!!
Bahan-bahan utk sup
3-4 biji bawang merah (tumbuk halus)*
Halia*
Daun bawang + daun sup
Bawang goreng
Kiub ayam*
Garam+gula
Cara-cara
1. Masukkan kesemua bahan * dalam sup rebusan tadi..
2. Masukkan garam+gula
3. Masukkan daun sup & bawang
4. Taburkan bawang goreng
5. Bagi mendidih kejap
6. SIAP!!
Bahan-bahan utk sos cili merah
1 biji cili merah*
5-6 biji cili melaka warna merah*
Sos cili
3 biji bawang putih*
Cuka
Garam + gula
Cara-cara
1. Blend kesemua yang bertanda *
2. Masak atas api dan masukkan sos cili + cuka + garam dan gula
3. Mendidih dan tutup api
SIAP!!
*Untuk sos kicap
Lebihan perapan ayam tadi, masak atas api dan perasakan garam + gula
SIAP!!
Bahan hiasan
Salad
Timun
Tomato

Posted via Blogaway


BAKER & SURPRISE DELIVERY JITRA / ALOR SETAR

No comments:

Post a Comment